Ikhlaskan diri semata-mata hanya kerana Allah... Istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan...

Friday 24 June 2011

♥ BeLajar Dari Pengalaman ♥

السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Banyak perkara yang dipelajari semenjak menceburi bidang perguruan ini. Memang semua sudah sedia maklum bahawa untuk menjadi seorang guru bukan sahaja terletak dari segi penampilan dan gaya seseorang itu, malah kemampuan untuk berinteraksi dan bercakap dikhalayak ramai adalah satu kelebihan yang perlu ada dalam diri seseorang yang bergelar guru. dan itu sebenarnya kelemahan yang ada didalam diri ini..

Teringat ketika di UKM dulu, bila tbe je giliran untuk membuat pembentangan.. mula la.. berpeluh walaupun tempat berhawa dingin... rasa sejuk secara tbe2.. mengigil... rasa nak ke tandas jgn cakap.. hehe.. mcm2 la..
Penyakit darah gemuruh ni sentiasa hadir bila tbe giliran untuk membentang kan assignment.. 
Kalo ingat nak gelak pun ade... malu pn ade... :D


Sekarang ni ble dah ceburkan dalam bidang perguruan ini...
mcm2 dugaan yang perlu kita hadapi..
banyak yang perlu kita pelajari... 
contohnya: Ketika belum sampai 1 bulan pn saya berada disekolah  baru dimana saya dipostingkan...
saya telah diberi tugas untuk membuat analisis perpustakaan..
Sebagai seorang guru yang fleksibel.. hik hik hik.. sanggup menerima tugasan tersebut dan mengganggap ianya sebagai satu sesi pembelajaran saya yang baru nak bergelar guru ni. Dan setelah berjaya menyelesaikan kerja tersebut... bile tgk balik.. mcm x caya.. aku ke yang buat semua ni?... yela.. sebelum ni.. x pernahnye tau keje2 ni sume... itula dinamakan belajar dari pengalaman.. 

Seorang Ustazah yang juga mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang agama ini sentiasa tidak boleh lari dari memberikan peringatan , nasihat dan motivasi kepada anak2 murid. Dan ini berlaku di sekolah yang mana guru agama hendaklah memberi tazkirah kepada murid2 pada setiap pagi jumaat..
Nak dijadikan cerita...
Sebelum ni yang bagi tazkirah selalunya Guru Pendidikan Islam... 1 hari GPI kate lepas ni kte kne bergilir2 la ye bagi tazkirah... 
Adoi... nak kne bagi tazkirah plak...
kalo ade pengalaman saya rase x de masalah..
tapi dengan muka yang menunjukkan tiada masalah la kononnya tue... huhu.. terima je dengan hati terbuka...

Dalam hati ni dok terpk2.. mcmmane gayanya nak bg tazkirah ni.. kalo pada budak2 saja x pela.. ini tidak semua guru ade... guru besar ade... uish... menggigil tahap ape pun x tau la... hahaha

Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan jalan saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada bersama dengan murid2 serta guru2 yang lain.  Dari sini la saya belajar untuk lebih berani dan lebih berkeyakinan... Dan sehingga ke hari ini.. dah banyak kali gak dok bagi tazkirah kat guru2 dan murid2..

Untuk berjaya bukan sahaja perlu mendengar tetapi hendaklah kita merasai nya sendiri dan kita perlu melalui nya sendiri... Dan dari pengalaman itu jugalah yang akan mengajar kita erti kehidupan..

Walahua'lam


1 comment: