Ikhlaskan diri semata-mata hanya kerana Allah... Istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan...

Saturday 9 July 2011

Say No To............





Jauhkanlah diri ku dengan makanan ini...
Kenapa kalo bau jek.. rase nak pitam ...
nak uwekkk pn ade...
grrr..

Saya pon x tau la nape saye x ske makan DURIAN...
Semua org dok tny....
Saya x tau...
Yg Penting.. Saya memang x sukeee....

Abah plzz...
kalo beli DURIAN.. belila sekali buah rambutan ke pisang ke...
at least kalo sume makan DURIAN..
kte leh makan rambutan sowang2..
ngeee....

^_^

Tuesday 28 June 2011

✿ Rindu Itu Satu Anugerah ✿



Rindu....
Adalah suatu perasaan yang tidak boleh diukur...
Mengapa kita perlu ada rasa rindu..?
Rindu terhadap seseorang yang sentiasa berada di suatu sudut kecil yang bernama Qalb...Ha
dis Qudsi:


Sesungguhnya rindu itu adalah satu Anugerah yang Allah berikan kepada hambaNya..
Rindu pada kedamaian.. rindu pada ketenangan... rindu kan kesejateraan.. dan juga kebahagiaan...
yang kita selalu dengar di bait2 lirik lagu Hijjaz.. malah rindu kepada manusia juga merupakan satu fitrah semulajadi yang Allah kurniakan pada setiap manusia..

Akan tetapi perlu lah kita ingat.. rindu pada manusia itu jangan sesekali melebihi dari rindu kita terhadap kekasih agung kita.. Sesungguhnya Dia lah yang berhak diatas setiap perkara.. Bila Allah telah hadiahkan kasih dan rindu-Nya kepada kita, kita akan merasa Kebahagiaan dan Ketenangan yang tiada taranya lagi.    Dalam apa jua keadaan kita akan mendapat ketenangan. Susah, kita sabar. Senang, kita syukur. Kita bersalah, mudah meminta maaf. Jika orang meminta maaf, kita sedia dan rela pula memaafkan. Alangkah bahagianya punya keikhlasan hati yang sebegini? 


Hadis Qudsi:

Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.”

(Sahih Bukhari)

✿ Ustazah Pilihan


Wah... Belum habis lagi Program Imam Muda... Sudah ada program baru nak muncul...
Ustazah Pilihan..?
Agaknya Ustazah2 diluar sana dah mula bersuara.. yela.. Imam Muda ade? Ustazah Muda bile lagi?

" Ustazah, ustazah tak nak masuk Ustazah Pilihan ke?
Tak nak la ustazah.. Nanti glamor sgt susah...
hehe..

Kalo kita tgk dari segi positifnya...
ye memang seseorang ustazah tue.. leh jadi sebagai contoh dan idola bg sesiapa yang menontonnya.
bukan dari segi pemakaian sahaja malah dari segi ilmu pengetahuannya yang sangat mendalam dalam bidang agama akan membuka mata remaja-remaja wanita. kalo kita tgk Imam Muda sekarang pn.. sedikit sebanyak memberi kesan kepada masyarakat. Makcik2 diluar sana pn sibuk mencari imam -imam muda untuk dijodohkan dengan anak mereka.. Ianya sangat bagus untuk memberi kesedaran bahawa pentingnya ilmu agama dalam kehidupan seharian kita. Kalo program Imam Muda sekarang ni banyak program2 kemasyarakatan... mendekatkan diri kepada masyarakat sambil menyebarkan dakwah mereka... agaknya apakah program yang akan dilaksanakan oleh Ustazah2 pilihan kita akan datang...??

itu positifnya... kalo kita tgk pada negatifnya pula...
Ustazah Pilihan adalah satu program Realiti yang akan ditayangkan di Astro Prima.
Satu program untuk mencari keglamoran..
yang mana Ustazah2 akan sentiasa disolek.. dipakaikan cantik2... sebelum keluar televisyen..
dan kemudian akan ditayangkan di tv yang ditonton oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira jantina..
jadi.. sudah semestinya golongan lelaki juga akan melihat Ustazah2 di kaca2 tv..
Dimanakah sifat Al-Haya yang perlu ada pada diri seseorang wanita muslimah itu..?
Dalam hadis ada menyebut bahawa adalah Haram bagi seseorang perempuan berhias untuk ditayangkan dihadapan khalayak umum..
Dimanakah nilai kita sebagai perhiasan yang terbaik untuk suami kita sekiranya ianya telah dipertontonkan dikhalayak umum.?

Cukupla kita jadi Ustazah pilihan di hati suami2 kita.. Daripada kita menjadi Ustazah pilihan di hati lelaki2 lain.
Nak berdakwah tidak perlulah dipertanding-tandingkan...
Berdakwahlah dengan jalan yang benar..
Sesungguhnya itu yang lebih diterima disisi Allah..









Sunday 26 June 2011

✿Bila Jubah menjadi Fesyen tuk bergaya



Kalo dulu Jubah melambangkan pakaian wanita muslimah yang ingin menjaga setiap batas aurat mereka.. Tidak lagi sekarang, kerana wanita yang menggayakan jubah sekarang memang senang kita dapati dimana-mana sahaja.
Jubah dulu tidak sama dengan jubah sekarang.. yang mana ianya sudah menjadi satu fesyen.. satu trend dalam   berpakaian.


Kalo dulu Jubah besar - besar belaka.. sampai kita yang kurus ni leh nampak gemuk.. tapi sekarang pereka-pereka fesyen masa kini mereka jubah yang mengikut bentuk badan sipemakai.
Apa nilai pada jubah sekarang ini?
sudah tidak ada bezanya. kerana orang memakai jubah tetapi masih boleh memperlihatkan bentuk badan mereka... Memang Jubah mereka labuh dan tidak menampakkan warna kulit, tetapi rekaaannya sengaja mengikut potongan badan si pemakai khususnya di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka cuba memasukkan unsur 'ketat' dari fesyen kebaya ke dalam fesyen Jubah.




Jubah yang diperbuat daripada kain yang lembut menyebabkan kain tersebut melekat pada badan si pemakai dan seterusnya menampakkan anggota-anggota yang tidak sepatutnya.Tujuan asal Jubah adalah untuk meminimum dan menghalang kesan seksual dari Aurat tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang melihat. Tetapi, apa gunanya lagi, jika Jubah pun sudah mula disendat dan di-kebaya-kan akan rekaannya.


Ingatlah, Jubah yang direstui dan diberikan pahala di dalam Islam adalah Jubah Muslimah yang dipakai kerana kesungguhan mahu memelihara Aurat bukannya kerana keseronokan mengikut perkembangan fesyen yang akhirnya akan membawa kita ke kancah kemaksiatan..


Jagalah peribadi.. Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah wanita solehah.. 




Waallaua'alam

Friday 24 June 2011

✿ My New Gadget ✿

Baru - baru ni pegi hantar laptop kat kedai acer.. disebabkan laptop yang sangat2 lembab.. dan menguji kesabaran.. nasib baik x dihempas jek laptop tue... huhu
Alhamdulillah.. kerana masih mempunyai akal fikiran yang waras lagi.. sebab tu terpaksa menghantar ke kedai untuk diformat walaupun masa tu banyak sgt keje nak kne siapkan.. huhu...

Banyak sangat data dalam tue... takut2 1 hari jem ke rosak ke trus x leh nak on.. 
ape jadi pada data2 saya... huaaa..
jadi saya memutuskan untuk membeli external hard disk untuk menyimpan data2 penting dan x simpan byk sgt bnd dalam laptop yang bole menyebabkannya lembab sekali lagi.. dan menerbangkan Rm 50 hengget setiap kali nak format.. grrrr..
Tapi x pela.. once dah format.. tetbe happy sgt sbb laptop dah laju.... sayang balik kat laptop yang umurnya nak masuk 5 tahun dah...
Banyak jasa nie....


Comel x ?
Nie la hard disk yang i beli tuk menyelamatkan data2 penting dalam laptop tu..
pink colour gtu.. hak3..


Wallahua'lam..


♥ BeLajar Dari Pengalaman ♥

السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Banyak perkara yang dipelajari semenjak menceburi bidang perguruan ini. Memang semua sudah sedia maklum bahawa untuk menjadi seorang guru bukan sahaja terletak dari segi penampilan dan gaya seseorang itu, malah kemampuan untuk berinteraksi dan bercakap dikhalayak ramai adalah satu kelebihan yang perlu ada dalam diri seseorang yang bergelar guru. dan itu sebenarnya kelemahan yang ada didalam diri ini..

Teringat ketika di UKM dulu, bila tbe je giliran untuk membuat pembentangan.. mula la.. berpeluh walaupun tempat berhawa dingin... rasa sejuk secara tbe2.. mengigil... rasa nak ke tandas jgn cakap.. hehe.. mcm2 la..
Penyakit darah gemuruh ni sentiasa hadir bila tbe giliran untuk membentang kan assignment.. 
Kalo ingat nak gelak pun ade... malu pn ade... :D


Sekarang ni ble dah ceburkan dalam bidang perguruan ini...
mcm2 dugaan yang perlu kita hadapi..
banyak yang perlu kita pelajari... 
contohnya: Ketika belum sampai 1 bulan pn saya berada disekolah  baru dimana saya dipostingkan...
saya telah diberi tugas untuk membuat analisis perpustakaan..
Sebagai seorang guru yang fleksibel.. hik hik hik.. sanggup menerima tugasan tersebut dan mengganggap ianya sebagai satu sesi pembelajaran saya yang baru nak bergelar guru ni. Dan setelah berjaya menyelesaikan kerja tersebut... bile tgk balik.. mcm x caya.. aku ke yang buat semua ni?... yela.. sebelum ni.. x pernahnye tau keje2 ni sume... itula dinamakan belajar dari pengalaman.. 

Seorang Ustazah yang juga mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang agama ini sentiasa tidak boleh lari dari memberikan peringatan , nasihat dan motivasi kepada anak2 murid. Dan ini berlaku di sekolah yang mana guru agama hendaklah memberi tazkirah kepada murid2 pada setiap pagi jumaat..
Nak dijadikan cerita...
Sebelum ni yang bagi tazkirah selalunya Guru Pendidikan Islam... 1 hari GPI kate lepas ni kte kne bergilir2 la ye bagi tazkirah... 
Adoi... nak kne bagi tazkirah plak...
kalo ade pengalaman saya rase x de masalah..
tapi dengan muka yang menunjukkan tiada masalah la kononnya tue... huhu.. terima je dengan hati terbuka...

Dalam hati ni dok terpk2.. mcmmane gayanya nak bg tazkirah ni.. kalo pada budak2 saja x pela.. ini tidak semua guru ade... guru besar ade... uish... menggigil tahap ape pun x tau la... hahaha

Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan jalan saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada bersama dengan murid2 serta guru2 yang lain.  Dari sini la saya belajar untuk lebih berani dan lebih berkeyakinan... Dan sehingga ke hari ini.. dah banyak kali gak dok bagi tazkirah kat guru2 dan murid2..

Untuk berjaya bukan sahaja perlu mendengar tetapi hendaklah kita merasai nya sendiri dan kita perlu melalui nya sendiri... Dan dari pengalaman itu jugalah yang akan mengajar kita erti kehidupan..

Walahua'lam


Tuesday 14 June 2011

✿ Pengantin Lama ✿

Assalammualaikum w.b.t

Baru2 ni saya sekeluarga menghadiri 1 kenduri kawin sepupu di kahang timur..
sampai sana awal pagi dalam kul 1130 kalo x silap..
mase tu x ramai lagi owg datang...
Pagi tu ade Majlis Cukur Jambul tuk cucu pertama tok busu...
Alani Salsabila binti Amiruddin..
Hot kan nama tue..
hehe..

Kami pn menjamu la selera dlu sementara x ramai lagi owg datang...
Lepas je Majlis Cukur Jambul selesai..
Kami sekeluarga pn naikla ke rumah...
nak tengok pelamin niatnya..
Cantik..
warna biru...
nak tgk pengantin lambat lagi kul 2 baru berarak...
so snap dlu la pic nye..

Ala.. bowink la x de model ..
hehe... Apa lagi.. panggil la Pengantin lama naik jap..
mula2 agak malu.. tapi mahu upenye.. kih3..
nak tau ke sape pengantin lama nie... 
jap2 eaaa......


Tue dia... hehe
comel kannnn... :)
malu2 gtu....

Sayang sangat dengan mereka.... :)