Ikhlaskan diri semata-mata hanya kerana Allah... Istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan...

Tuesday 28 June 2011

✿ Ustazah Pilihan


Wah... Belum habis lagi Program Imam Muda... Sudah ada program baru nak muncul...
Ustazah Pilihan..?
Agaknya Ustazah2 diluar sana dah mula bersuara.. yela.. Imam Muda ade? Ustazah Muda bile lagi?

" Ustazah, ustazah tak nak masuk Ustazah Pilihan ke?
Tak nak la ustazah.. Nanti glamor sgt susah...
hehe..

Kalo kita tgk dari segi positifnya...
ye memang seseorang ustazah tue.. leh jadi sebagai contoh dan idola bg sesiapa yang menontonnya.
bukan dari segi pemakaian sahaja malah dari segi ilmu pengetahuannya yang sangat mendalam dalam bidang agama akan membuka mata remaja-remaja wanita. kalo kita tgk Imam Muda sekarang pn.. sedikit sebanyak memberi kesan kepada masyarakat. Makcik2 diluar sana pn sibuk mencari imam -imam muda untuk dijodohkan dengan anak mereka.. Ianya sangat bagus untuk memberi kesedaran bahawa pentingnya ilmu agama dalam kehidupan seharian kita. Kalo program Imam Muda sekarang ni banyak program2 kemasyarakatan... mendekatkan diri kepada masyarakat sambil menyebarkan dakwah mereka... agaknya apakah program yang akan dilaksanakan oleh Ustazah2 pilihan kita akan datang...??

itu positifnya... kalo kita tgk pada negatifnya pula...
Ustazah Pilihan adalah satu program Realiti yang akan ditayangkan di Astro Prima.
Satu program untuk mencari keglamoran..
yang mana Ustazah2 akan sentiasa disolek.. dipakaikan cantik2... sebelum keluar televisyen..
dan kemudian akan ditayangkan di tv yang ditonton oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira jantina..
jadi.. sudah semestinya golongan lelaki juga akan melihat Ustazah2 di kaca2 tv..
Dimanakah sifat Al-Haya yang perlu ada pada diri seseorang wanita muslimah itu..?
Dalam hadis ada menyebut bahawa adalah Haram bagi seseorang perempuan berhias untuk ditayangkan dihadapan khalayak umum..
Dimanakah nilai kita sebagai perhiasan yang terbaik untuk suami kita sekiranya ianya telah dipertontonkan dikhalayak umum.?

Cukupla kita jadi Ustazah pilihan di hati suami2 kita.. Daripada kita menjadi Ustazah pilihan di hati lelaki2 lain.
Nak berdakwah tidak perlulah dipertanding-tandingkan...
Berdakwahlah dengan jalan yang benar..
Sesungguhnya itu yang lebih diterima disisi Allah..









1 comment:

  1. erm.. btl.. dulu serikandi2 Islam pun glamour lagi ape..sampai 1 dunia kenal. tp xde pulok kejar glamour.. aku pun xfhm la.. kdg2 ade je progrm tv berunsur agama yg mcm jahil pun ade... lbh byk fitnah, baik x pyh buat.. imam muda xpela.. tp harap2 imam2 ni berani tegur mane2 pihak/masy yg slh.. bkn juga utk kejo glamour..

    ReplyDelete