Ikhlaskan diri semata-mata hanya kerana Allah... Istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan...

Sunday 26 June 2011

✿Bila Jubah menjadi Fesyen tuk bergaya



Kalo dulu Jubah melambangkan pakaian wanita muslimah yang ingin menjaga setiap batas aurat mereka.. Tidak lagi sekarang, kerana wanita yang menggayakan jubah sekarang memang senang kita dapati dimana-mana sahaja.
Jubah dulu tidak sama dengan jubah sekarang.. yang mana ianya sudah menjadi satu fesyen.. satu trend dalam   berpakaian.


Kalo dulu Jubah besar - besar belaka.. sampai kita yang kurus ni leh nampak gemuk.. tapi sekarang pereka-pereka fesyen masa kini mereka jubah yang mengikut bentuk badan sipemakai.
Apa nilai pada jubah sekarang ini?
sudah tidak ada bezanya. kerana orang memakai jubah tetapi masih boleh memperlihatkan bentuk badan mereka... Memang Jubah mereka labuh dan tidak menampakkan warna kulit, tetapi rekaaannya sengaja mengikut potongan badan si pemakai khususnya di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka cuba memasukkan unsur 'ketat' dari fesyen kebaya ke dalam fesyen Jubah.




Jubah yang diperbuat daripada kain yang lembut menyebabkan kain tersebut melekat pada badan si pemakai dan seterusnya menampakkan anggota-anggota yang tidak sepatutnya.Tujuan asal Jubah adalah untuk meminimum dan menghalang kesan seksual dari Aurat tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang melihat. Tetapi, apa gunanya lagi, jika Jubah pun sudah mula disendat dan di-kebaya-kan akan rekaannya.


Ingatlah, Jubah yang direstui dan diberikan pahala di dalam Islam adalah Jubah Muslimah yang dipakai kerana kesungguhan mahu memelihara Aurat bukannya kerana keseronokan mengikut perkembangan fesyen yang akhirnya akan membawa kita ke kancah kemaksiatan..


Jagalah peribadi.. Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah wanita solehah.. 




Waallaua'alam

No comments:

Post a Comment