Ikhlaskan diri semata-mata hanya kerana Allah... Istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan...

Saturday 11 June 2011

✿ Sukar Untuk IstiQaMah ✿


Alangkah indahnya hidup ini jika kita mampu beristiqamah dalam melakukan ibadah kepadaNya. Adakala iman bagaikan ombak yang tak pernah tenang.Ada pasang surutnya. Bagaimana kita mampu menjadi hambaNya yang tetap pendirian dan istiqamah dalam menegakkan agama Allah? 

Bagaimana kita nak Istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara itu??

1. Niat
2. Kurangkan menonton televisyen dan melihat perkara yang tidak ada manfaat dan keperluan kebaikan.
3. Pemakanan
4. Rajin menghadiri majlis ilmu dan mendapatkan ilmu
5. Mencari rakan dalam aliran keagamaa
6. Terima ujian dan cabaran dengan redha dan tawakkal
7. Memohon doa dan restu ibu bapa
8. Muhasabah apa yang dilalui sepanjang hari
9. Minta pandangan dan pendapat orang lain.
10. Sentiasa mohon padaNya.

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْاْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
أفــضل الأعمــال ادومــها وإن قــل
“Sebaik-baik amalan ialah yang berterusan walaupun sedikit”



No comments:

Post a Comment